Thursday, 16 August 2012

INFAK: YAKINLAH DENGAN JANJI ALLAH SWT.









“Dan perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya untuk redha Allah dan untuk memperteguh jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buah-buahan dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyirami, maka embun pun memadai. Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan” Al-Baqarah : 265.

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui” Al-Baqarah : 261.

“Siapa yang meminjami (infakkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.” Al-Baqarah : 245.

“Mereka bertanya kepadamu (Muhamad) tentang apa yang harus mereka infakkan. Katakanlah, “Harta apa saja yang kamu infakkan, hendaknya diperuntukkan bagi kedua orangtua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan.” Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Al-Baqarah : 215.

Penyata sehingga 17 Ogos 2012.


DANA KEBAJIKAN KUKOH.
Penyata sehingga 17 Ogos 2012.
Salam buat semua,

Sukacita dimaklumkan untuk makluman, jumlah kutipan diterima setakat . 17 Ogos  ialah RM1,415.10  Kutipan ini telah digunakan untuk tujuan berikut:-

i)          Sumbangan travel cost ke Hospital YT : RM100.00
ii)         Sumbangan Hari Raya HI : RM300.00
Baki dalam bank: RM1015.10
Sehubungan itu,  saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan. Sokongan daripada semua pihak untuk menjayakan program ini sangat dihargai. JazakalAllah.

Sekian, Selamat Hari Raya Aidilfitri !
 

Wednesday, 25 July 2012


Ganjaran  Bersedekah mengikut Imam As Sayuti RHM.

Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi balasan yang berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang dhoif lagi banyak dosa dan taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan agar amalan kebajikan kita dapat digandakan ganjarannya di akhirat nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan menggandakan saham - saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan yang kekal abadi di akhirat. Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-

1. Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.

2. Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).

3. Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.

4. Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa
.

5. Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.

http://bahrusshofa.blogspot.com.

Diantara kelebihan bersedekah itu seperti yang disebutkan ayat dan hadis-hadis berikut:

من ذا الذى يقرض الله قرضا حسنا فيضعفه له أضعافا كثيرة
(سورة البقرة: 245)

Tafsirnya:” siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya.”

(Surah Al-Baqarah: 245)

Dalam Al-Qur’an banyak ayat yang menunjukkan bahawa Allah menyuruh kita bersedekah. Dalam sunnah pula banyak hadis menyuruh berbuat demikian, antaranya sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

من أطعم جائعا أطعمه الله من ثمار الجنة، ومن سقى مؤمنا على ظمأ سقاه الله عز وجل يوم القيامة من الرحيق المختوم، ومن كسا مؤمنا عاريا كساه الله من خضر الجنة

(رواه أبو داود والترمزي)

Maksudnya:”Sesiapa yang memberi makan seseorang yang lapar, Allah akan memberinya makan buah-buahan di syurga, sesiapa yang member minum seorang Mu’min yang dahaga, Allah akan memberinya minuman syurga “rahiq al-makhtum” pada Hari Kiamat, sesiapa yang memberi pakaian seorang Mu’min yang telanjang, Allah akan memberinya pakaian di syurga.”

(Hadis riwayat Abu DAud dan Tirmidzi)

Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam lagi:

إن العبد إذا تصدق من طيب، تقبلها الله منه، وأخذها بيمينه، ورباها كما يربي أحدكم مهره أو فصيله، وإن الرجل ليصدق باللقمة فتربو في يد الله، (أو) قال في كف الله، حتى تكون مثل الجبل، فتصدقوا

(رواه أحمد)

Maksudnya:”Sesungguhnya hamba itu apabila dia bersedekah daripada hartanya yang baik, Allah akan menerimanya. Dia akan mengambilnya dengan tangan kananNya, Dia akan memelihara anak kuda atau anak untanya, sesungguhnya seorang yang bersedekah sesuap makanan dia akan membesar di tangan Allah (atau) di tapak tangan Allah hingga sebesar bukit, oleh itu hendaklah kmu bersedekah.”
(Hadis riwayat Ahmad)

Tuesday, 24 July 2012

Komen-komen Membina;

1.  Wajibkan diri anda masuk tabung ini rm50.anda semua mampu makan di restoran mewah,melancong luar negeri,derma pd tabung derma masjid,palestin,jemaah...semestinya tabung ini lebih utama,dahulukan keluarga,.

2.  Org yg mampu,tdk cukup sekadar menyatakan simpati.Sesungguhnya Allah berfirman yg mafhumnya:" sesungguh nya pada rezeki kamu yg Allah kurniakan itu terdapat hak org miskin yg meminta2,atau org miskin yg tdk meminta2." oleh itu marilah kita berikan hak tersebut kpd yg empunya nya.


Kes Pertama yg perlu bantuan:
 
Kesian dan simpati dgn anak ini. orang lain sibuk dgn masaalah masing2 tetapi dlm serba keberadaan.  Orang lain merungut kerana parent tidak selalu bersama. Orang lain merungut kerana wang saku yg kurang. tetapi dia terpaksa memikul tanggungjawab seorang anak terhadap ibunya dalam pergelutan masalah dia sendiri. Mampukah dia? dlm usia mudanya, matang kah dia? Mungkin dia terlalu malu utk berkongsi masaalah dia.
Dia juga terpaksa menguruskan ibunya utk ke hospital yg jauh drp rumahnya utk suatu pembedahan.yg katanya memerlukan kos. Mampu kah beliau? apakah kesalahan dia terpaksa memikul kesalahan ayahnya? apakah ini satu ujian buat familinya yg lain yg Allah telah memberikan kelapangan rezeki tapi dj sibukkan dgn hal remeh temeh? Ya Allah, limpahkan rahmat Mu kpd anak ini dan campakkan sedikit kesedarsn dlm hati2 insan lain.
Di kala org lain bersantai bersama keluarga d hujung minggu. anak ini terpaksa bekerja d pasar minggu utk mencari rezeki buat diri nya. Mana masanya utk mentelaah pelajaran? Apakah masa depannya akan sama dgn yg lain yg penuh di limpahi keberadaan dan lindungan ayah ibu?

Sumbanglah kepada Dana Kebajikan KUKOH.
sila sumbangkan je ke akaun : Bank Rakyat-22-028-128471-1. zainal ariffin bin omar.