Ganjaran Bersedekah mengikut Imam As Sayuti RHM.
Allah asy-Syakur yang dengan kemurahanNya sentiasa memberi
balasan yang berganda-ganda bagi setiap amalan hambaNya. Allah SWT juga telah
menjadikan berbagai cara dan jalan agar hamba-hambaNya boleh menggandakan saham
akhirat mereka. Oleh itu, kita selaku hamba yang dhoif lagi banyak dosa dan
taqsir hendaklah sentiasa mencari-cari jalan agar amalan kebajikan kita dapat
digandakan ganjarannya di akhirat nanti. Jangan hanya tahu mencari-cari jalan
menggandakan saham - saham duniawi tetapi mengabaikan bekalan untuk kehidupan
yang kekal abadi di akhirat. Imam as-Sayuthi RHM menjelaskan bahawa sedekah
seseorang boleh digandakan ganjarannya seperti berikut:-
1. Sedekah yang diberi balasan 10 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang yang sihat tubuh badannya serta tidak berhajat kepada sedekah.
2. Sedekah yang diberi balasan 90 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang buta dan orang yang terkena musibah (yakni yang perlukan bantuan).
3. Sedekah yang diberi balasan 900 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada kerabat yang berhajat.
4. Sedekah yang diberi balasan 100,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada ibubapa.
5. Sedekah yang diberi balasan 900,000 kali ganda - pemberian yang diberikan kepada orang alim atau faqih.
http://bahrusshofa.blogspot.com.